PELEKAT BUANG TOKSIN!

PELEKAT BUANG TOKSIN! HOT SALE online & Offline
Sedang hangat dipasaran ! !
Jangan simpan toxin dalam badan anda. Gunakan foot patch untuk pembuangan toxin dalam masa yang sama memberi kesihatan yang baik kepada anda! Dapatkan pelekat buang toxin yang murah dan berkesan di pasaran. Sedang hangat dipasaran ! ! Contohnya tiada kesan pada kesihatan selepas penggunaan bagi yang imitation CUBA lah dahulu ...CUBA untuk diri sendiri dan jika berpuashati hadiah kan kepada kedua ibubapa dan ahli keluarga yg lain..... awek,bakal mentua, isteri, suami, pakcik, makcik, anak2 serta kawan-kawan dan saudara mara ** Disyorkan Pada perokok-perokok untuk mengurangkan Toksin Dalam Badan ** * Untuk yang berminat menambah Side Income pun boleh kerana harga ditawarkan jauh lebih rendah Sekeping hanya RM1.50 sahaja. Murah kan Tiada bahan terlarang dalam kandungannya. Hanya herba2 terpilih Bahan-Bahan: - Wood Vinegar Extract - Bamboo vinegar Extract - Chitosan - Plant power - Vitamin C - Tourmaline - Cornstarch Fungsi: - detoxification - slimming - metabolism - enhance immunologic - prevent constipation - improve skin condition - prevent smelly foot - cell activation - anti-aging - support blood circulation - improve quality of sleep - help to relieve the burden on the immune system

Sabtu, 30 Oktober 2010

PIALA MALAYSIA 2010



Separuh masa pertama Negeri Sembilan mendahului dengan 1-0 tetapi kebangkitan kelantan pada separuh masa kedua menghasilkan dua gol sekaligus menjuarai piala malaysia. Tahniah buat kelantan.
Penjaring gol pada malam ini iaitu Shahurain untuk N.S, Hairuddin Omar dan Badhri Radzi untuk Kelantan.

Rabu, 20 Oktober 2010

kelas 5 harmoni

ni budak-budak 5 hantuuu...
selalu buat bising dalam kelasss...
tak reti nak tengok org senang  sikitt..
asik-asik jalan---
tapi diorang belajar okkk.

Kelantan v Kedah

LICIK...penyerang Kedah, Faizal Abu Bakar  dihalang   pertahanan Kelantan di Stadium Darulaman, semalam.
Pasukan kelantan teragak-agak semasa bermain di Kedah...
apo tak nya baru masuk 15 minit sudah membuat  3 pertukaran akibat kecederaan..
malam tadi kedah bermain dengan baik sekali sehinggakan penyerang
kelantan iaitu Akmal tidak dapat beraksi dengan cemerlang...
Dalam pertemuan pertama ini mereka sekadar seri 0-0.

Selasa, 19 Oktober 2010

PERASAAN SESEORANG

Apakah keinginanmu akan cinta itu membuat dirimu merasa percaya diri dengan apa yang didalam dirimu, dan setiap perbuatan yang kamu lakukan?
Ya
Tidak
Kadang-kadang
Tidak Pasti

Apakah si doi yang kamu cinta menerimamu apa adanya, dan kamu merasa dia juga mencintai kamu?
Ya
Tidak
Kadang-kadang
Tidak Pasti

Apakah si doi menyuruh dirimu berubah karena berlawanan dengan keinginannya, seperti agama dan status sosial?
Ya
Tidak
Kadang-kadang
Tidak Pasti

Jika jawaban anda pada pertanyaan sebelumnya adalah ‘YA’, apakah kamu sungguh2 membuat perubahan didalammu? Kalau jawaban anda tidak lewatkan ke pertanyaan selanjutnya..
Ya
Tidak
Kadang-kadang
Tidak Pasti

Apakah target cinta kamu itu mendukung hal-hal yang penting bagimu?
Ya
Tidak
Kadang-kadang
Tidak Pasti

Apakah hubunganmu didasari saling memberi dan meminta; terkadang kamu yang mengalah tapi dia juga terkadang mengalah?
Ya
Tidak
Kadang-kadang
Tidak Pasti

Dalam hubunganmu, siapa yang paling berkorban untuk yang pasangan?
Dia
Tidak satupun dari kami
Kami membuatnya menjadi seri dengan menghitung
Saya

Apakah pasanganmu berusaha untuk menghabiskan waktu dengan teman2mu, meski kau tahu dia tidak suka dengan mereka?
Ya
Tidak
Kadang-kadang
Tidak Pasti

Apakah pasangan anda pernah memaksa anda untuk melakukan seks?
Ya
Tidak
Kadang-kadang
Tidak Pasti

Pernahkah pasangan anda memaksa anda untuk menjauhi salah seorang teman, dimana teman anda tidak melakukan suatu kesalahan ataupun sesuatu yang berbahaya?
Ya
Tidak
Kadang-kadang
Tidak Pasti

Pernyataan yang mana dibawah ini yang tidak termasuk dalam hubungan percintaan?
Kekerasan fisik dan emosional, pemaksaan terhadap hal yang tidak ingin dilakukan.
Berkelahi, memaki dan bahkan kadang menangis.
Bertengkar mulut dan berbaikkan kembali, memikirkan untuk putus hubungan saja, ragu hubungan dapat bertahan.
Berhubungan dengan teman atau anggota keluara yang tidak disukai oleh pasangan.

Benar / Salah : Hubungan dengan kekerasan emosional sama menyakitkannya dengan hubungan dengan kekerasan fisik.
Salah
Benar
Ragu-ragu
Abstain

Benar / Salah : Anda benar2 mencintai seseorang, kalau diri anda mau berhubungan sex dengannya.
Salah
Benar
Ragu-ragu
Abstain

Apakah kekasih memperlakukan anda dengan respek, dan memaksa anda berlaku sebaliknya?
Ya
Tidak
Kadang-kadang
Tidak Pasti

BARU NAK BERTUKAR

NI masa permulaan nak bertukar menjadi
ultraman... tapi tak kesampaian..


JALAN-JALAN MAKAN SELALU

minat betul dia bila nak pegi makan kat sini
apa taknya ayam 2 atau 3 ketul nampak licin
sapa-sapa nak tengok saya berposing 
tengok-tengok lah sampai habis 

Ahad, 10 Oktober 2010

KEMALANGAN DI REMBAU YANG MENGERUNKAN

REMUK...bas JKM yang terbabit kemalangan, semalam.
Ketika kejadian kira-kira jam 6.50 petang itu, Bohari dan 43 rakannya yang juga bekas tentera menaiki bas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam perjalanan pulang ke Melaka selepas mengadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam majlis perhimpunan raksasa Persatuan Bekas Tentera Malaysia di Bukit Jalil, jam 2.30 petang.

Beliau berkata, sebaik tiba di tempat kejadian, sebuah bas ekspres dari Melaka tiba-tiba terbabas dan melanggar penghadang jalan sebelum merempuh tiga kereta, sebuah van dari arah bertentangan termasuk bas dinaikinya.

“Bas ekspres itu terbalik merentangi jalan. Pemandu bas yang saya naiki juga parah akibat rempuhan bas terbabit yang mengenai bahagian pemandu,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Katanya, sebaik kejadian, dia dan rakannya turun dari bas untuk membantu menyelamatkan penumpang yang selamat.

“Keadaan begitu menyayat hati apabila saya lihat banyak mayat bergelimpangan. Saya tidak dapat pastikan mangsa yang terbunuh itu menaiki kenderaan

Jumaat, 8 Oktober 2010

hoki malaysia semakin jauh ketinggalan

PEMAIN Malaysia, Mohd. Shukri Abdul Mutalib bersaing dengan pemain Pakistan dalam aksi Kumpulan A, hoki Sukan Komanwel XIX di New Delhi, kelmarin. Malaysia kalah 1-4.

--------------------------------------------------------------------------------



NEW DELHI - Skuad hoki lelaki sudah boleh melupakan harapan untuk ke separuh akhir Sukan Komanwel XIX selepas mengalami kekalahan kedua kepada Pakistan 4-1, kelmarin.

Keputusan tersebut menutup peluang negara untuk meneruskan kemaraan setelah kalah 2-3 kepada India pada aksi pembukaan sebelum ini.

Tiga pasukan, Pakistan, India dan Australia kini memburu slot ke separuh akhir dari Kumpulan A, yang turut dihuni Malaysia dan Scotland.

Selasa, 5 Oktober 2010

ADIK SANGGUP ROGOL KAKAK

KUALA LUMPUR: Baru berusia 14 tahun tetapi selayaknya dia digelar adik setan kerana tergamak merogol kakak kandungnya yang hanya setahun lebih tua.

Lebih memilukan, perbuatan jijik sumbang mahram itu bukan hanya menimbulkan perasaan trauma dan tekanan kepada mangsa tetapi pada usia yang masih mentah, dia terpaksa mengusung benih adiknya.


Itu yang berlaku kepada Yanti, berusia 15 tahun, yang kini sarat mengandung dan hanya menanti masa untuk melahirkan anak.

Gara-gara perbuatan adik setan itu, Yanti terpaksa berjauhan daripada keluarga, malah meninggalkan alam persekolahan buat seketika.

Sepatutnya saya menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) bulan lalu tetapi terpaksa melupakannya. Saya meninggalkan buat seketika alam persekolahan sehingga anak dikandung ini lahir.

Saya benar-benar tertekan kerana pada usia muda terpaksa berdepan situasi yang tidak sepatutnya saya lalui, kata Yanti ketika ditemui wartawan Metro Ahad baru-baru ini.

Menurut Yanti, tragedi hitam itu berlaku tahun lalu dan ia berulang sehingga empat kali sebelum dia disahkan mengandung.

Tragedi hitam itu berlaku di rumah. Ketika semua ahli keluarga tidur, adik menyusup masuk ke dalam bilik ketika saya tidur.

Adik menekup mulut saya dan mengugut mahu mencederakan saya jika saya buat bising. Selepas itu, bagaikan dirasuk setan, saya dirogol, katanya.

Yanti berkata, walaupun dia kakak, dia tidak mampu melawan, apatah lagi diugut akan dicederakan jika melawan.

Kudrat saya memang tidak mampu melawan kekuatan adik ketika itu. Selepas merogol saya dia sekali lagi mengugut akan mencederakan saya, malah sanggup melakukan lebih daripada itu jika mendedahkan perbuatan terkutuknya kepada sesiapa saja, terutama ayah dan ibu.

Begitulah yang dilakukannya ketika merogol saya. Seingat saya, empat kali dia merogol saya, katanya.

Selepas empat kali dirogol, dia berasa tidak sihat dan lemah hinggalah kelainan pada dirinya disedari ibu bapanya.

EMAS PERTAMA MALAYSIA DI KUTIP OLEH AMIRULLLL

Badang negara itu memastikan penguasaan Malaysia dalam acara itu berterusan sejak 2002 di Manchester dan 2006 di Melbourne dengan mencipta rekod baru dalam acara snatch dengan angkatan 116kg sebelum cemerlang pada acara clean and jerk melepasi bebanan 141kg untuk mengumpul jumlah keseluruhan 257kg.

Amirul, atlet kelahiran Rompin, Pahang mengetepikan tentangan dua wakil tuan rumah Sukhen Dey yang meraih pingat perak dengan angkatan 252kg manakala rakan senegaranya, Srinivasa Rao terpaksa berpuas hati dengan gangsa dengan angkatan 248kg.

Bagaimanapun rentak gemilang Amirul itu bagaimanapun gagal dituruti atlet muda negara, Mohd Shafiq Ismail terkeluar daripada persaingan selepas gagal dalam ketiga-tiga percubaan mengangkat bebanan acara clean and jerk 130kg meskipun bermula baik dalam acara snatch sebelum itu dengan menduduki tangga ketiga apabila berjaya mengangkat bebanan 109kg.

Amirul pemenang tiga pingat emas di Manchester 2002 bagaimanapun sekadar menyaksikan Mohd Faizal Baharom meraih emas pada edisi empat tahun selepas itu di Melbourne selepas dia tidak dapat beraksi kerana menjalani penggantungan dua tahun gara-gara kerana kesalahan penggunaan dadah terlarang.

Ahad, 3 Oktober 2010

Selangor pasukan pertama masuk ke suku akhir

Selangor menjadi pasukan pertama melayakkan diri ke suku akhir Piala Malaysia 2010 selepas mencatat kemenangan keempat berturut-turut dalam saingan Kumpulan D dengan menewaskan T-Team 2-1 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah semalam.
Bagaimanapun Selangor tersentak pada minit ke-28 hasil jaringan awal Haris Safwan Mohd. Kamal, sebelum bangkit menerusi gol penyamaan Amirulhadi Zainal pada minit ke-43.
Safee Sali muncul wira dengan menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-65 seterusnya mengesahkan kemaraan skuad bimbingan K. Devan itu selepas menduduki tangga teratas Kumpulan D.

Thailand , 3 tentera mati akibat serang hendap

Tiga anggota tentera Thailand terbunuh apabila mereka dipercayai diserang hendap oleh puak pemisah Muslim ketika membuat rondaan di kawasan selatan negara itu semalam, kata polis.
Ketika kejadian, anggota tentera itu sedang membuat rondaan di sebatang jalan di wilayah Yala yang bersempadankan Malaysia, bila lelaki bersenjata melepaskan tembakan dekat sebuah bukit, kata kolonel polis, Pupetch Pipatpetchpoom.
Sejak berlaku rusuhan puak pemisah enam tahun lalu, lebih 4,000 orang terbunuh di wilayah dikuasai penduduk Muslim yang menjadi kawasan pengeluar utama getah di selatan negara yang diperintah oleh penganut Buddha itu.
Wilayah selatan Thailand yang meliputi Pattani, Yala dan Narathiwat adalah sebahagian daripada kawasan jajahan kesultanan Islam yang dijajah oleh Thailand seabad lalu.
Kira-kira 80 peratus daripada penduduk di wilayah berkenaan adalah penganut agama Islam dan bercakap bahasa Melayu.
Kerahan puluhan ribu anggota polis dan pasukan keselamatan sokongan melalui perlaksanaan undang-undang yang keras menyebabkan keganasan dan penentangan di wilayah itu berterusan